fbpx

BDBLSB bina rumah mampu milik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Lagenda Properties Bhd. (Lagenda) buat pertama kalinya melebarkan sayap ke luar Perak apabila menjalin kerjasama dengan Bina Darulaman Bhd. (BDB).

Ia adalah untuk membangunkan projek perumahan mampu milik dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM565 juta di Kedah.

Pengarah Urusan Lagenda, Datuk Jimmy Doh berkata, pelaksanaan projek tersebut akan melibatkan penubuhan sebuah syarikat usaha sama anak syarikat milik penuh Lagenda iaitu LPB Development Sdn. Bhd. (LDSB) dan syarikat milik penuh BDB, BDB Land Sdn. Bhd (BLSB).

Syarikat gabungan tersebut dikenali sebagai BDB Lagenda Sdn. Bhd. (BDBLSB) yang mana kedua-dua syarikat masing-ma­sing akan memiliki kepentingan 50 peratus.

“Projek tersebut dikenali sebagai Darulaman Putra melibatkan lima bidang tanah yang terletak di Bandar Amanjaya, Sungai Petani, Kedah dengan keluasan 93.07 hektar.

“Lokasinya terletak di sebelah Lebuh Raya Utara Selatan dengan jarak sejauh 10 minit perjalanan dari pusat bandar Sungai Petani dengan anggaran populasi penduduk seramai 200,000 orang,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Doh menerangkan, projek tersebut terdiri daripada rumah teres satu tingkat selain ditambah beberapa elemen pembangunan komersial yang akan dibangunkan secara berperingkat.

Tambah beliau, Kedah merupakan satu daripada negeri yang mempunyai golongan B40 ter­tinggi.

“Kumpulan kami bercadang meninjau lebih banyak tanah melalui pemerolehan atau perjanjian usaha sama untuk membina 20,000 hingga 30,000 unit rumah dalam tempoh 10 tahun akan datang.

“BDBLSB berhasrat untuk me­lancarkan projek rumah pada harga di bawah RM200,000 pada fasa pertama tahun 2022,” jelasnya.

Selain itu, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan BDB, Faris Najhan Hashim berkata, rekod pencapaian Lagenda sebagai syarikat pemaju hartanah yang berpengalaman membangunkan bandar mampu milik dapat membantu kejayaan BDBLSB.

“Kerjasama ini menunjukkan komitmen BLSB dalam memberi peluang kepada warga Kedah untuk memiliki rumah mampu milik.

“BLSB akan menjadi pemang­kin kepada pembangunan bandar mampu milik di Kedah sekali gus menyokong kerajaan dalam menyediakan perumahan mampu milik kepada penduduk di negeri itu,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI