fbpx

Vinales akui jentera Yamaha musim ini cukup sempurna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VINALES percaya dia perlu memperbaiki teknik ketika memulakan perlumbaan apabila gagal melakukannya dengan baik pada GP Doha awal pagi Isnin lalu. – AFP

LOSAIL – Pelumba pasukan Monster Energy Yamaha, Mave­rick Vinales mengakui dia sudah mengerah jenteranya ke tahap maksimum pada perlumbaan Grand Prix (GP) Doha di Litar Antarabangsa Losail kelmarin.

Meskipun memulakan perlumbaan dengan kurang baik sehingga jatuh ke kedudukan ke-11, namun pelumba Sepanyol itu kembali berada di kelompok hadapan ketika aksi berbaki beberapa pusingan.

Bagaimanapun, hasratnya untuk menamatkan perlumbaan di kedudukan podium tidak kesampaian apabila sekadar berpuas hati di tempat kelima.

“Sebenarnya saya tidak berdepan masalah cengkaman tayar pada perlumbaan itu, cuma saya terlalu agresif untuk memintas pelumba di hadapan sehingga hampir terlanggar Jorge (Martin).

“Walaupun gagal untuk menaiki podium tetapi saya gembira kerana jentera sudah mula me­nunjukkan potensi sebenar. Saya percaya ia akan bertambah baik selepas ini,” kata Vinales.

Pada masa sama, dia juga mengakui permulaan kurang baik meleburkan hasratnya untuk memenangi dua perlumbaan berturut-turut selepas menjua­rai GP Qatar di litar sama minggu lalu.

“Saya tidak ada masalah dengan jentera kerana potensinya cukup hebat. Mungkin selepas ini saya perlu baiki teknik memulakan perlumbaan kerana itulah kesilapan saya pada perlumbaan ini,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI