fbpx

Mercedes resah cabaran Red Bull

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WOLFF (kanan) mengakui masih belum berpuas hati dengan kepantasan Mercedes sambil menganggap Red Bull memiliki jentera lebih sempurna. – AFP

UNITED KINGDOM – Prinsipal pasukan Mercedes, Toto Wolff masih menganggap pasukan Red Bull sebagai pencabar utama dalam kejuaraan Formula Satu (F1) musim ini.

Meskipun pelumbanya, Lewis Hamilton memenangi perlumbaan Grand Prix (GP) Bahrain di Litar Antarabangsa Bahrain minggu lalu, namun Wolff masih berjaga-jaga dengan kemampuan Red Bull.

Kata Wolff, beliau masih belum berpuas hati dengan kelajuan jentera Mercedes, ter­utamanya pada sesi kelayakan, justeru beliau berharap mereka menunjukkan peningkatan pada GP Emilia Romagna di Litar Imola 16 hingga 18 April ini.

“Sebenarnya kami masih belum berpuas hati dengan kemampuan jentera. Saya berharap jurutera pasukan boleh mencari jalan penyelesaian untuk tingkatkan kelajuan pada sesi kelayakan.

“Pada perlumbaan di Bahrain, saya fikir strategi kami membuahkan hasil selain memiliki tuah. Secara keseluruhan, jentera kami masih belum berada pada tahap terbaik,” katanya.

Dalam pada itu, Wolff berkata, Red Bull menunjukkan peningkatan yang sangat ketara kerana mampu memberi tentangan hebat kepada Mercedes di GP Bahrain.

“Sebelum ini, prestasi Red Bull tidak begitu baik di Bahrain, namun mereka mungkin sudah menemui jalan penyelesaian untuk masalah itu. Saya percaya saingan musim ini akan menjadi lebih sukar,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI