fbpx

Junjin Shinhwa bawa haluan sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JUNJIN

SELEPAS tiga tahun bersama, penyanyi Junjin akhirnya mengambil keputusan untuk tidak memperbaharui kontraknya bersama agensi CI Entertainment

Anggota kumpulan Shinhwa itu mula bergelar artis naungan syarikat tersebut pada 2018.

Dalam satu kenyataan ringkas, CI Entertainment mengesahkan pengunduran penyanyi itu atas sebab yang tidak didedahkan.

“Kontrak perjanjian antara Junjin dan syarikat kami sudah sampai ke penghujungnya. Meskipun tidak lagi bernaung di sini, kami tetap akan menyokong permulaan baharunya kelak termasuklah segala perancangan promosi Junjin pada masa akan datang,” katanya.

Biarpun begitu, setakat ini masih belum dapat dipastikan adakah Junjin sudah pun mencari agensi baharu ataupun tidak.

Junjin yang mendirikan rumah tangga pada September tahun lalu memulakan debut bersama Shinhwa pada 1998 iaitu sebuah kumpulan penyanyi lelaki paling lama bertahan dalam industri muzik K-pop.

Selain bergelar penyanyi, Junjin juga sangat aktif berlakon dan menyertai pelbagai program hiburan popular.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI