fbpx

Taiwan dilanda musim kemarau paling buruk dalam 60 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail 16 Mac lalu menunjukkan pemandangan dari udara dasar Sungai Ai Liao yang kering di daerah Pingtung Taiwan. - AFP

TAIPEI – Lebih  satu juta isi rumah dan perniagaan di wilayah pusat industri di Taiwan terpaksa mencatu air bermula hari ini selepas kepulauan itu berdepan kemarau terburuk dalam tempoh 56 tahun. 

Kekangan ini dijangka memberi impak buruk terutamanya kepada sektor pembuatan mikrocip intensif air semasa kekurangan semikonduktor global yang memberi kuasa kepada pelbagai jenis pengangkutan bermula daripada kereta hingga alat telekomunikasi.

Syarikat air tempatan terpaksa memotong bekalan di Taichung, Miaoli dan wilayah Changhua utara selama dua hari seminggu dengan kerajaan memberi amaran bersedia menghadapi situasi terburuk.

Pada hari catuan air bermula, terdapat pelbagai larangan dikenakan termasuk rawatan syampu di salon rambut dan khidmat cuci kereta di stesen minyak.

Musim kemarau ini muncul selepas tiada kejadian taufan melanda Taiwan tahun lalu dan ia merupakan kali pertama berlaku dalam jangka masa hampir enam dekad.

Datuk Bandar Taichung, Lu Shiow-yen mengumumkan kerajaan akan mengutamakan bekalan air ke sekolah, pusat perubatan dan kemudahan kebajikan sosial dalam satu kenyataan rasmi hari ini.

“Jika tidak ada monsun atau angin taufan, catuan air akan berlanjutan dan kita terpaksa mengambil langkah responsif yang lebih intensif,” katanya.

Kali terakhir Taiwan terakhir mengenakan catuan air adalah pada 2015 sehingga hujan lebat yang dibawa oleh taufan meredakan kemarau tersebut. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI