SEPANG – Jenazah bapa kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, (KPWKM), Datuk Seri Rina Mohd. Harun, Mohd Harun Mohamad Khairi, selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Salak Tinggi di sini pukul 11.30 pagi tadi.
Terdahulu, jenazah Allahyarham tiba di kediamannya di Bandar Baru Salak Tinggi dari Hospital Sungai Buloh (HSB) kira-kira pukul 11 pagi tadi.
Turut hadir menziarah majlis pengebumian itu ialah Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi (MEDAC), Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Unit Komunikasi Korporat KPWKM, Eikmar Rizal Mohd. Ripin.
“Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat arwah ayahanda Menteri KPWKM dan mendoakan semoga roh arwah diampunkan segala dosa, dicucuri rahmat dan ditempatkan di sisi yang mulia di samping Allah SWT,” katanya.-K!ONLINE