fbpx

Vincent Tan letak jawatan dalam BCorp

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pengerusi Eksekutif Berjaya Corporation Bhd. (BCorp), Tan Sri Vincent Tan melepaskan jawatannya berkuat kuasa hari ini.

Beliau bagaimanapun akan kekal dalam Lembaga Pengarah BCorp sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif, sejajar dengan visinya untuk mentranformasi Kumpulan BCorp kepada syarikat yang diuruskan oleh profesional.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan BCorp, Abdul Jalil Abdul Rasheed telah dilantik sebagai CEO Kumpulan.

“Bersama Timbalan Pengerusi Eksekutif, Datuk Seri Robin Tan, saya yakin Kumpulan BCorp berada di tangan yang mampu dan dapat me­langkah maju ke tahap yang lebih tinggi.

“Ia juga penting untuk memberi Abdul Jalil ruang dan kebebasan untuk ­menguruskan Kumpulan dengan gayanya sendiri.

“Saya kini dapat mengundurkan diri daripada pembabitan aktif harian dalam perniagaan Kumpulan dan akan memberi tum­puan inisiatif amal dan kepentingan lain.

“Saya bersyukur kerana diberi banyak peluang dan sekarang masa untuk memberinya kembali,” katanya dalam ­kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Tambah hartawan itu, beliau sangat berminat terhadap usaha untuk membangunkan rumah pada harga yang berpatutan untuk rakyat memandangkan perumahan adalah keperluan asas dan mustahak untuk maruah dan keselamatan seseorang.

Jelasnya, dua tahun lalu, Better Malaysia Foundation mengumpulkan profesional berminda untuk membantu me­rumuskan penyelesaian inovatif bagi mengatasi jurang rakyat berpendapatan rendah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI