fbpx

Blogger guna derma orang ramai bayar saman PM Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penulis blog Leong Sze Hian (kiri) diperintahkan membayar ganti rugi kepada Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong (kanan) berhubung satu artikel yang mengaitkan perdana menteri itu dengan skandal 1MDB. -TODAY

SINGAPURA- Seorang penulis blog  mengutip dana  hampir SGD100,000 (RM308,170) menerusi kempen derma online bagi membayar ganti rugi  yang diperintahkan oleh sebuah mahkamah Singapura selepas dia didapati bersalah memfitnah Perdana Menteri, Lee Hsien Loong  menerusi perkongsian artikel di Facebook.

Leong Sze Hian disaman Hsien Loong selepas berkongsi artikel itu yang mengaitkan beliau dengan skandal dana 1MDB.

Pengkritik-pengkritik  berkata,  kes itu merupakan contoh terbaharu pemerintah yang ingin menutup mulut mereka yang menyuarakan perasaan tidak puas hati di media sosial.

Mahkamah Singapura berpihak kepada Hsien Loong pada bulan lalu dan memerintahkan penulis blog itu membayar ganti rugi berjumlah SGD133,000 (RM409,889) tidak  termasuk kos lain yang akan ditentukan kelak.

Sze Hian  melancarkan kutipan derma secara online dan sehingga semalam, lebih 2,000 orang menyumbang kepadanyanya selepas 11 hari.

“Kita telah sebanyak mengumpul SGD133,000, terima kasih kepada rakyat Singapura.

“Terima kasih kepada anda semua  kerana menjadikan kita berani menghadapinya,” katanya di Facebook.

Artikel  dikongsi Sze Hian  yang asalnya diterbitkan sebuah portal berita Malaysia itu mendakwa bahawa Hsien Loong merupakan sasaran penyiasatan di Malaysia berhubung kes 1MDB.

Pemimpin-pemimpin  Singapura kerap membawa pengkritik ke mahkamah termasuk seteru politik dan media dan menegaskan bahawa tindakan itu perlu bagi menjaga reputasi mereka. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI