fbpx

2,969 calon duduki SPM sesi kedua esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Seramai 2,969 calon akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 sesi kedua di 197 pusat peperiksaan di seluruh negara yang akan dilaksanakan esok hingga 23 April depan.

Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan (LP KPM) berkata, peperiksaan SPM sesi kedua itu adalah bagi calon yang tidak dapat menduduki peperiksaan pada 22 Februari hingga 25 Mac lepas kerana disahkan positif  Covid-19 atau perlu menjalani tempoh kuarantin seperti yang diarahkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Katanya, calon yang terlibat dengan peperiksaan SPM 2020 sesi kedua diingatkan untuk merujuk jadual waktu peperiksaan bagi mendapatkan maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan, serta arahan yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan berlangsung.

“Calon juga diingatkan supaya membawa Dokumen Pengenalan Diri dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan ke pusat peperiksaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

LP KPM berkata, calon hendaklah mematuhi Garis Panduan Pengurusan Pentaksiran Pusat dan Peperiksaan Awam yang terkandung dalam Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah Dalam Norma Baharu 2.0 dikeluarkan oleh KPM serta prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Ini bagi memastikan kelancaran pengurusan peperiksaan dan mencegah penularan wabak Covid-19,” katanya.

Jadual waktu peperiksaan SPM 2020 sesi kedua boleh dimuat turun dari portal rasmi Lembaga Peperiksaan di http://lp.moe.gov.my/0. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI