fbpx

Hafizh belum putus semangat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAFIZH sekadar menamatkan saingan GP Doha di kedudukan ke-21 selepas buat kali pertama menunggang jentera yang menggunakan casis NTS. – FB OFFICIAL FAN CLUB HAFIZH SYAHRIN 55 PESCAO

PELUMBA Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah tidak berputus asa untuk mendapatkan keserasian bersama pasukan NTS RW Racing di sepanjang perlumbaan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim ini.

Pada perlumbaan di Grand Prix (GP) Doha kelmarin, Hafizh yang menamatkan saingan di kedudukan ke-21 mengakui dia berdepan sedikit kesukaran di, namun yakin pasukannya itu mampu membina jentera yang lebih sempurna menjelang perlumbaan pusingan ketiga di Portugal nanti.

Ini kali pertama Hafizh me­nunggang casis NTS dan bergelut untuk mendapatkan tunggangan lebih mantap.

“Ia perlumbaan yang sukar untuk saya hari ini (semalam). Minggu lepas kami gagal menamatkan perlumbaan, jadi ia seperti perlumbaan pertama untuk jentera NTS.

“Mengakhiri perlumbaan di kedudukan ke-21 bukan sasaran kami kerana ingin meraih kedudukan lebih baik. Beberapa pengubahsuaian telah dilakukan semasa sesi pemanas badan dan ia membantu jentera menjadi lebih baik,” katanya selepas perlumbaan.

Pelumba dari Selangor itu turut yakin selepas dua pusingan perlumbaan pasukannya itu meletakkan sasaran lebih tinggi dan tidak mustahil mereka mampu bersaing kelompok 15 terbaik di Portugal.

“Kami berharap dapat meraih kedudukan 15 terbaik pada perlumbaan seterusnya di Portugal. Dengan motivasi tinggi daripada pasukan dan usaha keras saya, ia tidak mustahil,” jelasnya.

Pada musim lalu, Hafizh menamatkan kempen pertamanya dalam kelas Moto2 dengan mengumpul 21 mata untuk berada di tangga ke-21 keseluruhan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI