fbpx

Salman Khan pernah curangi kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KECURANGAN Salman didedahkan oleh bekas kekasihnya, Somy Ali.

SOMY ALI yang juga pelakon popular satu ketika dahulu mendedahkan bahawa Salman Khan pernah berlaku curang kepadanya ketika mereka berdua menjadi pasangan kekasih selama lapan tahun.

Menerusi satu temu bual eksklusif, Somy Ali memberitahu, dia telah bercinta dengan aktor tersebut ketika berusia 17 tahun.

“Sudah 20 tahun saya berpisah dengannya. Dia curang terhadap saya dan saya yang memutuskan hubungan itu lalu pergi. Perpisahan itu berlaku dengan mudah,” ujar Somy yang turut mendedahkan dia sudah tidak bercakap dengan Salman dalam lima tahun.

Somy menambah, selepas berpisah dengan Salman, dia turut membuat keputusan untuk mengundurkan diri daripada terus menjadi pelakon.

“Saya tidak berhajat untuk memasuki industri Bollywood untuk menjadi pelakon selain daripada impian untuk berkahwin dengan Salman,” katanya.

Sewaktu ditanya tentang minatnya tentang lakonan, Somy mengakui sudah tawar hati dan langsung tidak berminat untuk kembali menjejakkan kaki ke lokasi penggambaran.

Sepanjang kariernya sebagai pelakon, Somy telah membintangi sembilan buah filem dan kali terakhir adalah menerusi filem berjudul Chupp pada 1997.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI