fbpx

Mir berang tindakan melampau Miller

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MIR mengakui sangat marah dengan tindakan Miller yang bertindak terlalu agresif yang boleh mengakibatkan kemalangan pada GP Doha awal pagi semalam. – TWITTER SUZUKI ECSTAR

DOHA – Pelumba Suzuki, Joan Mir berang dengan tindakan, Jack Miller dari Ducati yang dilihat sengaja melanggarnya pada aksi Grand Prix (GP) Doha awal pagi semalam dan menggesa pihak terbabit menghukumnya.

Pada saingan tersebut, Mir sedang memecut laju ketika keluar dari selekoh ke-10 menyertai kelompok lima pelumba di hadapan, namun Miller bertindak agresif memintasnya sehingga berlaku pelanggaran.

Akibat pelanggaran tersebut, Mir ketinggalan beberapa posisi dan sekadar menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh, manakala Miller di kedudukan kesembilan.

“Ketika itu saya berada di posisi yang tepat untuk me­mintas pelumba hadapan sebelum dia bertindak agresif.

“Itu sangat berbahaya dan saya rasa ia seperti disengajakan. Pada saya Miller tidak menunjukkan rasa hormat kepada pelumba lain.

“Anda boleh bandingkan persaingan saya dengan Aleix Espargaro. Saya tidak melanggarnya semata-mata untuk me­rebut tempat tetapi ber­saing dalam keadaan selamat.

“Saya faham risiko dalam perlumbaan tetapi jangan melepasi had. Pasukan (Suzuki) akan membuat peni­laian sama ada untuk membuat laporan kepada Persekutuan Permotoran Antarabangsa (FIM) atau sebaliknya.

“Jika itu sengaja dilakukan, dia layak untuk dikenakan pe­nalti,” kata Mir. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI