PENYANYI Wonho cukup dikenali sebagai artis K-pop yang sangat aktif dalam laman sosial.
Sejak bergerak solo pada Oktober 2019, penyanyi itu kerap memuat naik gambar tayang badan yan sekali gus mencairkan hati peminat lebih-lebih lagi kaum wanita.
Khalayak cukup sedar, Wonho yang merupakan bekas anggota kumpulan Monsta X cukup aktif bersenam dan amalan gaya hidup sihatnya . Disebabkan itulah, dia antara artis lelaki K-pop yang mempunyai badan cantik dan kekar.
Bagaimanapun baru-baru ini, peminat tidak senang duduk dengan perkongsian terbaharu Wonho yang memuat naik sekeping gambarnya berbaring di atas katil.
Dalam gambar tersebut, dia dilihat hanya memakai seluar pendek paras paha berwarna kuning. Namun yang menjadikan peminat tidak keruan ialah gambar berkenaan dirakam dari sudut yang agak ‘menyesakkan mata’.
Gambar Wonho diambil dari sudut hujung katil dan dia terbaring dalam keadaan kakinya mengangkang ke arah kamera sehingga menampakkan bentuk kaki dan pahanya yang berotot.
Bukan sekadar ototnya kekar menjadi perhatian, namun sudut gambar yang menampakkan bahagian celah kelangkangnya paling menjadi topik perbincangan peminat. Ada yang gemarkan aksi sebegitu, tidak kurang juga yang berasa kurang selesa dengannya.