fbpx

1,070 kes baharu Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 1,070 kes dilaporkan hari ini.

PUTRAJAYA – Sebanyak 1,070 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 352,029 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, Selangor kembali melaporkan kes tertinggi sebanyak 327 kes hari ini, diikuti oleh Sarawak (225 kes) dan Pulau Pinang (133 kes).

“Seterusnya, Kuala Lumpur (88 kes), Sabah (65 kes), Johor (55 kes), Pahang (37 kes), Kedah (34 kes), Kelantan (31 kes), Melaka (25 kes), Labuan (17 kes) dan Negeri Sembilan (12 kes).

“Negeri lain ialah Perak dan Putrajaya (masing-masing lapan kes), Terengganu (tiga kes) dan Perlis (dua kes),” katanya pada ciapan Twitter beliau di sini hari ini. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI