fbpx

Klasik, Nad Zainal namakan anak Budi Kalsom

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nad memilih Budi Kalsom sebagai nama anak perempuan sulungnya.

PETALING JAYA – Pelakon Nad Zainal memilih Budi Kalsom sebagai nama anak perempuannya yang baru dilahirkan pada 30 Mac lalu.

Menerusi perkongsian dalam Instagram, Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 30, memuat naik nama tersebut dalam tulisan jawi sekali gus mendedahkan jantina bayinya kedua itu kepada umum.

“Semoga sentiasa indah pekerti, baik kejadiannya, lembut perwatakannya. Budi Kalsom nama diberi, selamat hadir dalam hidup kami,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Meninjau pada ruangan komen, rata-rata pengikut dan peminat memuji keindahan nama puteri sulung aktres kecil
molek itu.

“Klasik! Sedap nama dia. Selamat berpantang Puan Nad.

“Wow klasik dan unik nama anak. Tahniah dapat sepasang anak, moga Kalsom menjadi anak yang solehah,” tulis netizen.

Terdahulu, pelakon drama Takdir Yang Tertulis itu mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Faliq Amirullah yang juga pengurus peribadinya 18 Disember 2015.

Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan sepasang cahaya mata, Fahad Ibrahim, 5, dan Budi Kalsom. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI