fbpx

RM50 dikreditkan dalam e-wallet mulai esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mengkreditkan RM50 ke dalam akaun e-wallet penguna menerusi program RM750 juta kredit ePENJANA bermula esok.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, program itu bertujuan membantu merancakkan perbelanjaan pengguna di Malaysia.

“Inisiatif ini terbuka kepada rakyat Malaysia berumur 18 tahun keatas serta berpendapatan kurang RM100,000 setahun.

“Pemohon yang layak boleh menebus RM50 ini daripada salah satu penyedia perkhidmatan e-dompet terpilih (Boost, GrabPay atau Touch `n Go e-wallet),” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menteri Kewangan berkata, mereka yang layak akan turut menerima padanan insentif tambahan bernilai RM50 dalam bentuk rebat tunai, baucar atau mata ganjaran.

Menurut beliau, tempoh memohon RM50 kredit ePENJANA adalah dari 31 Julai hingga 24 September 2020, manakala tarikh akhir penggunaan ePENJANA pada 30 September 2020.

Tambah beliau, pemohon turut disaran memuat turun dan mengemas kini data dalam aplikasi MySejahtera bagi mendapatkan kredit tersebut.

Kata beliau, peniaga dan peruncit pula perlu menghubungi penyedia perkhidmatan e-Dompet terlibat dan mendapatkan kod QR MySejahtera bagi memastikan kelancaran urus niaga ePPENJANA di premis mereka. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI