PETALING JAYA – Seramai 287, 737 individu dalam kumpulan fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin setakat semalam.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba menerusi infografik yang dikongsi di laman Twitternya berkata, bagi tempoh sama, seramai 514,036 individu telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua vaksin Covid-19 di negara kini berjumlah 801,773.
“Selangor kekal sebagai negeri tertinggi menerima suntikan dos pertama vaksin iaitu sebanyak 71,405 diikuti Sarawak (53,598) dan Perak (50,378).
“Sementara itu, Selangor turut mencatatkan jumlah individu paling tamai telah melengkapkan kedua-dua dos suntikan vaksin Covid-19 iaitu 35,255 diikuti Perak (30,793),” katanya di sini hari ini.
Dalam pada itu, Dr. Adham berkata, jumlah pendaftaran untuk Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan kini mencatatkan seramai 7,906,913 atau 32.6 peratus dengan Selangor kekal merekodkan angka tertinggi sebanyak 2,155,809 pendaftaran. – K! ONLINE