fbpx

Dipenjara lima tahun akibat bakar dapur rumah bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh, Mohd. Fauzie (dua dari kiri) dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu selepas mengaku bersalah membakar dapur rumah bapanya dua minggu lalu.

KOTA BHARU – Tindakan seorang penganggur yang membakar dapur rumah bapanya selepas berang dengan perbuatan adik menjual motosikal milik keluarga membawa padah apabila dia dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Tertuduh, Mohd. Fauzie Abdullah, 33, dijatuhi hukuman itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah melakukan khianat dengan membakar bahagian dapur rumah bapanya, Abdullah Hamat, 68, sehingga menyebabkan kerosakan kepada pakaian dan barangan dapur di dalam rumah itu.

Mohd. Fauzie melakukan kesalahan itu di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Pemberian, Kuala Krai kira-kira pukul 1 pagi pada 24 Mac lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Sharifah Amirda Shasha Amer Sharifuddin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh yang merupakan penagih dadah bertindak membakar dapur rumah itu selepas bergaduh dengan adiknya yang telah menjual motosikal milik keluarga.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lima tahun bermula 29 Mac lalu.

Tertuduh ditempatkan di Penjara Pengkalan Chepa di sini sepanjang tempoh hukuman. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI