fbpx

Liverpool masih ada misi penting

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOTA (tengah) menjadi pemain paling menyerlah selepas meledak dua gol ketika Liverpool menundukkan Arsenal 3-0 awal pagi semalam. – AFP

LONDON – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mahu pasukannya kekal fokus selepas kembali mendapat momentum kemenangan apabila menewaskan Arsenal 3-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Emirates awal pagi semalam.

Bagaimanapun, keputusan tersebut bagaikan tidak memberi sebarang makna buat Liverpool selepas secara matematik­nya mereka disahkan gagal untuk mempertahankan kejuaraan EPL yang dimenangi musim lepas.

Kata Klopp, walaupun sudah tiada lagi peluang untuk me­mintas pendahulu liga, Manchester City, pasukannya masih lagi mempunyai misi yang perlu di­selesaikan terutama merebut slot ke pentas Eropah bagi sai­ngan musim depan.

“Saya tidak mahu melihat kedudukan pasukan pencabar yang berada lebih tinggi berbanding kami ketika ini seperti Chelsea, West Ham, Leicester City dan yang lain kerana jika kami menang semua baki perlawanan liga, peluang kami untuk ke Eropah sangat cerah,” katanya.

Pada aksi tersebut, skuad The Reds tidak mempunyai masalah untuk mendominasi saingan apabila meraih gol hasil ledakan Diogo Jota pada minit ke-62 dan m-82 dan satu lagi jaringan dilakukan oleh pemain sensasi, Mohamed Salah (m-68).

Mengulas mengenai aksi pasukan, Klopp mengakui apa yang dipamerkan oleh anak-anak buahnya cukup luar biasa kerana berjaya memastikan skuad The Gunners tidak ‘senang duduk’.

“Ini adalah falsafah yang cuba saya terapkan dan mereka berjaya merealisasikannya dengan melakukan serangan balas pantas sekali gus memberi kesukaran buat pasukan tuan rumah. Malah, benteng pertahanan kami juga cukup ampuh dan saya sangat berpuas hati,” katanya.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI