AKTOR Zac Efron gembira kerana kekasihnya yang juga model, Vanessa Valladares sanggup berhenti kerja kerana ingin bersama-samanya bercuti ke Australia.
Menurut laporan E!, kerana tindakan dilakukan model berusia 25 tahun itu membuatkan Efron semakin mencintainya kerana Valladares memilih untuk selalu bersamanya.
“Dia (Efron) sangat bahagia kerana boleh bersama kekasihnya di Australia.
“Valladares pula memilih untuk berhenti kerja supaya dia ada banyak masa bercuti dengan teman lelakinya.
“Mereka berdua mempunyai banyak persamaan,” ujar salah seorang sumber terdekat aktor yang popular menerusi filem The Disaster Artist itu.
Terdahulu, Valladares yang pernah bekerja di sebuah kafe bertemu buat kali pertama dengan pelakon itu di sana sebelum mereka mula menjalin hubungan cinta sejak tahun lalu.