fbpx

Ji-young jadi korban seksual majikan?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANG JI-YOUNG

AGAK mengejutkan apabila laporan media mendedahkan bahawa penyanyi Kang Ji-young merupakan salah seorang mangsa seksual majikannya iaitu bekas presiden label penaung sendiri.

Laporan eksklusif media Jepun pada 1 April lalu mendedahkan bahawa perlecehan seksual yang berlaku terhadapnya merupakan punca utama penyanyi itu meninggalkan label Sweet Power.

Lebih mengejutkan, Ji-young didakwa berdepan dengan gangguan seksual berterusan daripada presiden label tersebut iaitu Naomi Okada yang merupakan seorang wanita.

Laporan turut menyebut bahawa Okada dipercayai melakukan gangguan seksual berterusan kepada ramai artis wanita yang bernaung bawah label tersebut termasuklah sering tidur bersama mereka.

“Presiden sangat obses dengan Ji-young. Sebab itulah dia berasa tertekan,” ujar satu sumber.

Bagaimanapun, agensi terkini bekas penyanyi kumpulan KARA itu iaitu KeyEast tampil menafikan laporan berkenaan.

Beberapa minggu lalu, muncul laporan mendedahkan seorang presiden wanita sebuah label muzik dituduh melakukan serangan seksual terhadap artis naungan sendiri sehingga mendapat liputan meluas media dan perhatian umum di Jepun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI