fbpx

Beruang jadi mesra manusia akibat radang otak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anak beruang hitam di California dilaporkan tidak takut dengan manusia-webidrole/Pixabay

SACRAMENTO, California- Beberapa ekor anak beruang hitam dilaporkan menghidap sindrom mesra dengan manusia akibat jangkitan misteri di bahagian saraf otak, lapor portal Oddity Central baru-baru ini.

Jabatan Ikan dan Hidupan Liar California menemui seekor anak beruang betina di sebuah kawasan perumahan yang tinggal di situ dan tidak takut dengan manusia.

Kelakuan pelik itu menimbulkan tanda tanya namun beberapa penduduk tempatan memaklumkan ia bukan kejadian kali pertama.

Bagi semua kes dilaporkan, beruang yang berkelakuan aneh akan mencondongkan kepalanya dan berjalan dengan gaya yang pelik.

Ujian yang dijalankan ke atas beruang mendapati ia berkelakuan pelik terhadap manusia kerana menghidap ensefalitis iaitu penyakit radang otak akibat jangkitan atau pun alahan.

Bagaimanapun, punca sebenar jangkitan ensefalitis masih belum diketahui.

“Mungkin ramai yang tidak tahu kewujudan penyakit atau simptom ini tetapi ia berlaku di luar sana dan orang ramai perlu peka bahawa situasi tersebut tidak normal,” kata Pengarah Eksekutif Badan Tidak Berkeuntungan, Bear League, Ann Bryant kepada CBS Sacramento.

Biarpun kelakuan anak beruang yang mesra dan jinak mungkin disukai dan dianggap comel, jabatan hidupan liar menegaskan binatang pemangsa itu tidak boleh hidup dalam persekitaran bersama manusia dan perlu ditempatkan dalam pusat jagaan khas atau di zoo. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI