fbpx

Bot nelayan langgar kapal kargo, 17 rakyat Indonesia hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan penyelamat masih meneruskan operasi mencari dan menyelamt 17 nelayan yang dilaporkan hilang di perairan Jawab Barat, semalam. - Dok SAR Bandung

JAKARTA – Seramai 17 rakyat Indonesia dilaporkan hilang apabila sebuah bot nelayan bertembung dengan kapal kargo di perairan wilayah Jawa Barat Indonesia, demikian menurut pihak berkuasa, hari ini.

Sebuah bot nelayan melanggar kapal kargo yang lebih besar dalam insiden yang berlaku malam semalam di Kabupaten Indramayu dan menghumban 32 nelayan ke dalam laut, kata jurucakap agensi penyelamat Bandung, Seni Wulandari.

Kapal kargo Habco Pioneer yang sedang berlayar menuju ke pelabuhan Merak dari wilayah Kalimantan di Pulau Borneo dilanggar oleh sebuah bot nelayan tempatan di perairan Indramayu, kata Wulandari.

“Kira-kira 15 yang terselamat telah dipindahkan ke kapal kargo tetapi pasukan masih mencari 17 lain yang masih hilang,” kata Wulandari kepada AFP.

Mereka yang diselamatkan mengalami cedera ringan akibat kemalangan itu dan akan dibawa ke hospital berdekatan, tambahnya.

Kemalangan kapal adalah perkara biasa di sekitar 17,000 kepulauan Indonesia kerana standard kawalan keselamatan yang lemah. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI