fbpx

NSFC seri menentang Kucing City FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain Negeri Sembilan Rafael Gomes De Oliveira (kanan) diasak pemain Kuching City Aylton Fereira Ananias (kiri) dalam perlawanan liga perdana di antara pasukan Negeri Sembilan FC menentang Kuching City FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi dekat sini hari ini.

SEREMBAN – Pasukan Negeri Sembilan FC (NSFC) hanya memperolehi satu mata ketika menentang Kuching City FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di Seremban hari ini.

NSFC gagal mendapatkan sebarang gol dalam perlawanan keenam dan kali kedua memperoleh keputusan seri di gelanggang sendiri.

Perlawanan dimulakan dengan Kuching FC membuat pertukaran pemain seawal minit kedua apabila Mohd Dzulazlan Ibrahim mengalami kecederaan dan memasukkan Jimmy Raymond.

Separuh masa pertama tamat dengan tambahan masa empat minit.

Selepas 30 minit separuh masa kedua bermula pasukan kendalian Irfan Bakti Abu Salim mendapat peluang sepakan penalti.

Namun sepakan Bryan Jone Anicezio itu gagal kerana berjaya ditepis penjaga gawang NSFC, Mohd Muhaimin Mohamad.

Berbaki 10 minit perlawanan Kuching City FC membuat serangan bertubi-tubi tetapi tiada sebarang jaringan berjaya dihasilkan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI