SHAH ALAM – Pasukan Selangor akhirnya kembali berada di landasan kemenangan selepas menewaskan UiTM FC 2-0 pada aksi Liga Super di Stadium UiTM sebentar tadi.
Pada aksi tersebut, skuad Gergasi Merah memulakan saingan dengan langkah kanan selepas pemain import sensasi dari Switzerland, Oliver Buff meledak gol pertama seawal minit ke-13.
Langkah skuad kendalian Karsten Neitzel itu bertambah garang apabila penyerang berbisa, Ifedayo Olusegun menggandakan jaringan dengan meledak gol kedua pada minit ke-39.
Bersambung pada babak kedua, kedua-dua pasukan saling membalas serangan tetapi gagal menembusi gawang gol sekali gus menyaksikan keputusan 2-0 kekal hingga tamat perlawanan.
Kemenangan tersebut membolehkan Selangor mengumpul lapan mata daripada enam perlawanan manakala UiTM FC kekal di tangga tercorot liga apabila hanya mengutip satu mata setakat ini.
Kemenangan ini juga adalah yang pertama buat skuad Merah Kuning yang sejak lima perlawanan lepas. – K! ONLINE