fbpx

PKPD di dua perkampungan Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Dua buah perkampungan di Sarawak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula esok sehingga 17 April ini.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kawasan terbabit adalah Kampung Binyu Baru, Bahagian Samarahan dan Kampung Binyu Lama, Bahagian Kuching.

Menurut beliau, pelaksanaan PKPD itu untuk memudahkan Kementerian Kesihatan (KKM) melaksanakan pengesanan awal kes disyaki Covid-19 supaya dapat diasingkan secepat mungkin serta mengawal penularan jangkitan dalam komuniti.

“Sebanyak empat kes positif Covid-19 direkodkan di Kampung Kampung Binyu Baru, Bahagian Samarahan. Setelah membuat penilaian risiko maka kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di kawasan itu.

“Berlaku peningkatan kes secara mendadak dengan kadar kebolehjangkitan dalam komuniti adalah tinggi apabila sehingga Khamis lalu sebanyak 57 kes positif Covid-19 direkodkan di Kampung Binyu Lama, Bahagian Kuching,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI