fbpx

1,638 kes baharu; tiga kematian dicatat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 1,638 kes dilaporkan hari ini

PUTRAJAYA – Sebanyak 1,638 kes baharu hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 349,610 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, tujuh kes import mendapat jangkitan dari luar negara dan sebanyak 1,631 kes penularan tempatan.

Menurutnya, kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula mencatatkan sebanyak 14,432 kes.

“Selain itu, terdapat tiga kes kematian dilaporkan menjadikan sebanyak 1,286 kes kematian Covid-19 dilaporkan sehingga kini.

“Kes sembuh pula merekodkan sebanyak 1,449 kes hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 333,892 kes,” katanya pada Facebook di sini hari ini.

Ujarnya, terdapat 167 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 81 kes memerlukan bantuan pernafasan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI