SHAH ALAM – Penularan sebuah video berdurasi satu minit 37 saat di media sosial termasuk Facebook memaparkan penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam ( MBSA ) diganggu orang awam adalah video lama.
MBSA dalam kenyatannya hari ini memaklumkan klip video ditularkan itu berlaku di tempat letak kenderaan di Taman Sri Muda, Seksyen 25 di sini pada Jun 2017.
“Insiden ini juga telah dibicarakan di Mahkamah Majistret Shah.
“Tertuduh juga telah dijatuhi denda sebanyak RM8,000 serta enam bulan penjara pada 26 Mac lalu,” katanya.
Sehubungan itu, MBSA memohon supaya klip video ini tidak ditularkan kerana akan menimbulkan kekeliruan dan gambaran kurang jelas kepada orang awam.
Berdasarkan video yang tular itu menunjukkan seorang wanita penguat kuasa MBSA telah dikacau ganggu oleh sekumpulan lelaki.
Menerusi video itu juga kumpulan lelaki bertindak menyentuh penguat kuasa wanita itu selain melemparkan kata-kata kurang ajar. – K! ONLINE