fbpx

Hanya orang berusia guna emoji ibu jari bagus – Kajian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penggunaan emoji menjadikan mesej yang ingin disampaikan itu menjadi lebih jelas. -Getmoji

LONDON-Satu kajian penggunaan emoji dalam kalangan pengguna telefon bimbit mendapati pengguna yang masih menggunakan emoji ibu jari bagus menandakan mereka sudah berusia dan ketinggalan, lapor akhbar Daily Mail semalam.

Dalam satu undian yang dijalankan firma pengumpulan data Britain, Perspectus Global, 24 peratus daripada 2,000 golongan belia berusia antara 16 hingga 29 tahun berpendapat emoji isyarat bagus menandakan penggunanya sudah berusia dan kuno.

Antara emoji lain yang dikatakan hanya digunakan golongan itu termasuk emoji hati merah, simbol tangan OK dan juga emoji ekspresi wajah jijik.

Kajian itu juga menunjukkan secara purata, warga Britain menghantar 76 emoji seminggu yang bersamaan dengan 3,952 emoji setahun.

“Mereka yang masih menggunakan emoji tanda bagus ke atas dalam teks pesanan ringkas secara rasminya dilabel ketinggalan memandangkan ia dipilih sebagai emoji paling tidak menarik oleh golongan belia.

“Simbol hati merah, simbol OK dan juga emoji wajah menangis juga merupakan emoji lapuk yang tidak digunakan oleh golongan muda,” ujar jurucakap Perspectus Global.

Emoji paling popular bagi semua golongan pula ialah emoji ketawa dengan titisan air mata.

Emoji lain yang juga popular dalam kalangan golongan belia ialah simbol wajah ‘zany’ atau wajah lucu dan juga emoji senyum dengan simbol hati pada mata.

Kajian itu juga menunjukkan emoji sebagai medium penting dalam berkomunikasi kerana ia membawa seribu satu makna dan penggunaan beberapa emoji dalam satu teks pesanan ringkas juga menjadikan maklumat yang ingin disampaikan itu lebih jelas. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI