fbpx

Tak boleh rentas jangan rentas – Fazura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Komen berbaur sindiran dan perlian Fazura mengenai isu rentas negeri membuatkan netizen tertanya-tanya hingga ke saat ini.

PETALING JAYA – Pelakon popular Fazura mencetuskan tanda tanya netizen apabila bertindak memberi komen berbaur sindiran mengenai isu rentas negeri yang sedang hangat diperkatakan kini.

Komen tersebut dilakukan Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 38, yang bertindak sebagai juri menerusi siaran langsung program Muzikal Lawak Superstar 2 (MLS2) malam tadi.

“Kita kenalah mematuhi peraturan daripada kerajaan, ikut prosedur operasi standard (SOP). Tak boleh rentas jangan rentas,” katanya.

Meninjau laman Twitter, rata-rata netizen mempersoalkan dan berteka-teki adakah komen tersebut dilakukan secara umum atau ditujukan kepada mana-mana individu tertentu.

“Fazura perli sapa tu? Tak boleh rentas jangan rentas. Hahaha.

“Smooth (lembut) je Fazura perli,” tulis netizen.

Terdahulu, tindakan beberapa selebriti terkenal tanah air melakukan rentas negeri atas tiket urusan kerja menjadi bualan netizen kerana didakwa menyalahgunakan permit kebenaran yang diberikan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI