fbpx

173 tan biji kopi RM3.23juta dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Biji kopi dari Columbia yang dirampas Maqis Selangor baru-baru ini.

KLANG – Tindakan sebuah syarikat produk kopi membawa masuk lebih 173 tan biji kopi dari Columbia tanpa mematuhi syarat import gagal selepas dirampas di Pelabuhan Klang Utara di sini baru-baru ini.

Rampasan bernilai RM3.23juta itu hasil rutin pemeriksaan pukul 11 pagi pada Khamis lalu oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia ( Maqis ) Selangor.

Pemangku Pengarahnya, Zamri Hashim berkata, siasatan awal barangan itu telah tiba di pelabuhan berkenaan sejak 28 Mac lalu dari Columbia.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati biji kopi tidak mematuhi syarat import Maqis sebagaimana dinyatakan dalam permit, lesen dan perakuan.

“Siasatan lanjut juga mendapati biji kopi untuk rangkaian kedai minuman di dalam negara ini.

“Rampasan bungkusan kopi ini adalah kali pertama dilakukan Maqis tahun ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Zamri menambah kes disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

“Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100, 000 atau dipenjara sehingga enam tahun atau kedua-duanya,” ujarnya.

Jelas beliau, Maqis akan terus memperketatkan kawalan dan tiada kompromi ke atas biosekuriti barangan yang dibawa masuk dari luar negara bagi memastikan komoditi pertanian mematuhi syarat serta peraturan ditetapkan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI