fbpx

Disangka hilang rupa-rupanya bersama kekasih gelap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Epan rupanya bermalam di rumah kekasih gelapnya sebelum pergi ke rumah keluarga wanita itu. – Suara.com

JAKARTA – Seorang pemandu syarikat teksi online di Suma­tera mengaku dia berpura-pura hilang kerana ingin meluangkan masa bersama kekasih gelapnya, lapor portal berita
Suara.com kelmarin.

Epan Tarnando, 30, ditemukan dalam keadaan baik oleh pihak polis yang menerima laporan kehilangannya daripada isteri lelaki tersebut.

Epan sengaja membuat dirinya seperti hilang, namun dia sebenarnya bermalam di rumah kekasih gelapnya di Kertapati, Sumatera Selatan sebelum berangkat ke rumah ke­luarga wanita itu di Lampung.

“Saya lari dari rumah selepas bertengkar dengan mertua. Saya ke rumah Melisa (kekasih gelapnya) dan kemudian ke rumah ibu bapa Melisa di Lampung.

“Saya tidak memberitahu khabar agar nampak seolah-olah saya benar-benar hilang,” kata Epan kepada pihak media.

Epan mengaku bahawa dia baru sebulan menjalin hubu­ngan cinta dengan Melisa dan sering menghabiskan masa bersama wanita itu.

Isteri Epan, Sekar Asri, 25, mengakui kecewa dengan kecurangan Epan dan memohon maaf kerana menyusahkan orang ramai untuk mencari suaminya.

“Sudah tentu saya kecewa, saya minta maaf kerana telah menyusahkan semua pihak,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI