fbpx

Dipukul rakan hingga mati angkara dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noorzainy.

SEBERANG PERAI – Perselisihan faham berkaitan dadah dipercayai menjadi motif seorang lelaki bertindak membunuh rakannya dengan melanggar dan memukul mangsa sehingga maut dalam kejadian di Lorong Dahlia 3, Mak Mandin Butterworth di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, pihaknya bagaimanapun masih dalam siasatan lanjut bagi mengetahui punca sebenar kejadian itu.

“Kita sedang menyiasat. Ia dipercayai ada kaitan dengan dadah. Mungkin juga berkaitan perniagaan,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Kosmo! hari ini melaporkan perselisihan faham berkaitan perniagaan dipercayai menjadi punca pergaduhan dua rakan sehingga menyebabkan salah seorang daripada mereka maut dalam kejadian di Lorong Dahlia 3, Mak Mandin, Butterworth di sini semalam.

Mangsa, Lau Weng Heng, 43, maut selepas dilanggar menggunakan kereta serta dipukul menggunakan kayu oleh rakannya berusia 36 tahun. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI