fbpx

Siti Sarah umum hamil anak keempat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SARAH dan Shuib bakal menimang cahaya mata keempat tidak lama lagi.

PETALING JAYA – Penyanyi Siti Sarah Raisuddin mengumumkan bahawa dia kini sedang hamil anak keempat menerusi satu entri dalam Instagramnya sebentar tadi.

Dalam hantaran tersebut, Siti Sarah, 37, turut memuat naik sebuah video memaparkan ujian alat kehamilan yang mengesahkan kehamilannya. 

Menurut isteri kepada usahawan dan pelawak Shuib Sepahtu itu, dia dan suami telah menunggu untuk menimang cahaya mata keempat selama enam tahun. 

“Alhamdulillah, permata nombor empat akan menyusul tidak lama lagi. Baby baru ‘on the way’. 

“Jujur, Sarah tidak sangka selepas enam tahun melahirkan Matin, Sarah dapat lagi rezeki merasai detik kehamilan baharu sekarang,” tulisnya. 

Tambah penyanyi yang popular dengan lagu Kesetiaan itu, dia memohon maaf kerana tidak dapat berkongsi berita gembira tersebut lebih awal. 

“Ramai yang tanya masa mula-mula dahulu, tetapi Sarah tidak berani beritahu lagi. Selepas rasa kandungan kuat barulah Sarah berani untuk beritahu. 

“Minta maaf kerana tidak dapat beritahu lebih awal kerana sebelum ini Sarah pernah ada ‘anxiety’ (kerisauan melampau), jadi saya tidak mahu tertekan pada peringkat awal kehamilan,” jelasnya. 

Dalam pada itu, Siti Sarah turut memohon doa peminat buat dirinya dan anak dalam kandungan. 

“Saya memohon doa semua orang untuk diri dan anak dalam kandungan. Sarah juga doakan ibu di luar sana yang ingin merasai saat kehamilan. Moga Allah murahkan rezeki kalian untuk hamil dan menjadi ibu. Amin,” luahnya. 

Siti Sarah mendirikan rumah tangga dengan Shuib pada 26 Februari 2011 dan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata, Uwais Alqarni, Dzakira Talita Zahra dan Ariq Matin. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI