fbpx

Suami isteri kerap bergaduh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG ahli keluarga mangsa menunjukkan tempat adikya dibunuh di Johor Bahru semalam.

JOHOR BAHRU – Sepasang suami isteri kerap dilihat bertengkar sebelum lelaki itu ditemui mati dengan kesan kelar di leher dan tikaman di rusuk kanan dalam kejadian di Kampung Desa Makmur, Majidee di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi, mangsa berusia 26 tahun dikatakan bersiap-siap untuk solat subuh.

Ibu mang­sa yang dikenali sebagai Siti mendakwa, dia kerap melihat anak bongsu daripada lima beradik itu bertengkar dengan menantunya sebelum ini, namun tidak me­nyangka ia membawa kepada kehilangan nyawa.

“Biasalah hidup berumah tangga, ada perselisihan faham tetapi saya tak sangka ia berakhir dengan kematian.

“Pada pukul 3 pagi (semalam), saya terjaga sebab panas dan terdengar suara menantu meminta bantuan suaminya untuk ke tandas,” katanya ketika ditemui di rumahnya semalam.

TOMPOKAN darah di lokasi kejadian.

Wanita itu berkata, anaknya bersiap untuk solat su­buh pukul 6 pagi sebelum terdengar lelaki itu menjerit meminta tolong.

Dia segera mengejutkan anak-anaknya yang lain serta suami­nya untuk memeriksa apa yang terjadi dan mendapati ­suara tersebut datang daripada menantunya.

“Saya lihat anak sudah terba­ring berlumuran darah di atas jalan depan rumah,” katanya.

Abang si mati memangku mang­sa yang ketika itu menahan kesakitan sebelum mang­sa disahkan meninggal dunia.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd. Padzli Mohd. Zain berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian me­nimpa mangsa yang berusia 26 tahun pada pukul 8.25 pagi.

Tempat kejadian di rumah se­tinggan tidak bernombor.

“Polis menjumpai sebilah pisau pemotong kertas dan serpihan mata pisau di tempat kejadian.

“Kita telah menahan seorang wanita berusia dalam lingkungan 30-an yang merupakan isteri si mati bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Tambahnya, polis menyiasat kes tersebut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. -K! ONLINE

 

caption :

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI