fbpx

MekYun, ‘gewe’ Cina fasih kecek Kelate!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MEKYUN aktif berkongsi videonya bertutur dalam bahasa Kelantan dalam TikTok.

Berbangsa Cina, cantik dan fasih berbahasa Melayu dialek Kelantan.

Itulah Wee Yun Nee atau lebih dikenali sebagai MekYun apabila mencuri perhatian ramai selepas video-videonya bercakap dalam dialek Kelantan tular dalam media sosial.

Semakin dikenali dalam aplikasi TikTok, wanita yang membesar di Kuala Lumpur itu kerap memuat naik videonya mengajar dialek Kelantan.

Antaranya ialah jenis sayur-sayuran dan buah-buahan serta pengumuman penerbangan dalam dialek negeri kelahirannya.

Turut mengundang perhatian apabila ahli keluarganya juga fasih bertutur dalam dialek Kelantan.

Sehingga kini, akaun TikToknya memiliki lebih 70,000 pengikut dan meraih 450,000 tanda suka daripada pengguna yang terhibur dengan aksi dan keletahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI