fbpx

Curiosity kongsi swafoto dari Marikh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Curiosity bergambar di hadapan Mont Mercou.-NASA/JPL-Caltech/MSSS

WASHINGTON – Kenderaan peneroka milik Agensi Pentadbiran Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), Curiosity berkongsi swafoto dari  permukaan planet Marikh, lapor akhbar The Sun, kelmarin.

Biarpun sudah hampir sedekad berada di Marikh, swafoto terbaharu itu merupakan yang paling cantik pernah dikongsi kenderaan tersebut.

Curiosity merakam  60 keping gambar dari  Marikh yang kemudian dicantum untuk menghasilkan panorama Panet Merah itu.

Gambar yang dirakam menggunakan lengan Curiosity pada 26 Mac lalu itu bersamaan hari ke 3,070 dalam misi Marikh.

Gambar-gambar tersebut juga digabungkan dengan 11 lagi foto yang diambil menggunakan kamera ‘Mastcam’ yang terletak di kepala kenderaan penjelajah itu.

Curiosity yang dilancarkan pada November 2011 merupakan kenderaan penjelajahan darat NASA yang paling ikonik. 

Ia telah beberapa kali mendarat di Gunung Sharp sejak 2014.

Gunung setinggi 15,840 kaki itu mungkin merungkai persoalan tentang apa yang terjadi kepada Marikh yang kini merupakan planet padang pasir. -Agensi

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI