PUTRAJAYA – Sebanyak 1,294 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di negara ini mencatatkan sebanyak 347,972 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, negeri Selangor kembali mendahului negeri lain dengan 455 kes baharu hari ini.
“Ia diikuti oleh negeri Sarawak (217 kes), Pulau Pinang (139 kes) dan Johor sebanyak (103 kes).
“Negeri seterusnya ialah Kuala Lumpur (88 kes), Kelantan (66 kes), Sabah (63 kes), Pahang (57 kes), Negeri Sembilan (31 kes), Melaka (22 kes), Kedah (21 kes) dan Perak (14 kes),” katanya melalui laman sosial Facebook rasmi beliau di sini hari ini.
Ujarnya lagi, negeri lain pula ialah Terengganu (lapan kes), Putrajaya (lima kes), Labuan (empat kes) dan Perlis (satu kes). -K!ONLINE