fbpx

Batal pas jika gagal bayar kos kuarantin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen akan membatalkan Pas Lawatan Jangka Panjang yang dimiliki oleh warga asing sekiranya mereka enggan membayar kos kuarantin.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, tindakan itu terpaksa diambil memandangkan keingkaran mereka itu telah menjejaskan usaha kerajaan untuk mengekang penularan Covid-19.

“Bermula 24 Julai lalu, kerajaan telah mewajibkan semua warganegara yang pulang ke negara ini dan warga negara asing yang diberi kebenaran masuk, dikuarantin selama 14 hari.

“Bagi warga negara asing, mereka dikehendaki menanggung sepenuhnya kos kuarantin berkenaan,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Khairul Dzaimee berkata, pihaknya akan membatalkan Pas Lawatan Jangka Panjang yang dimiliki oleh warga asing berkenaan sekiranya mereka enggan membayar kos kuarantin tersebut.

Menurutnya, antara jenis pas yang terlibat ialah Pas Suami atau Isteri kepada warga negara, Pas Lawatan Kerja Sementara, Pas Lawatan Ikhtisas, Pas Penggajian (ekspatriat), Pas ‘Malaysia My Second Home’ (MM2H) dan lain- lain kategori.

Justeru, beliau menasihatkan semua warganegara asing dan rakyat tempatan supaya mematuhi arahan dan peraturan semasa serta peka dengan pengumuman terkini dari agensi kerajaan berhubung langkah pencegahan pandemik Covid-19.

“Mereka akan dikenakan tindakan undang-undang jika ingkar arahan atau gagal mematuhi Prosedur Operasi (SOP) yang telah ditetapkan,” tegasnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI