fbpx

Individu lengkap suntikan vaksin mungkin dibenarkan rentas negeri -Adham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adham berucap pada Majlis Penyampaian Hadiah Kempen MyDebit Kementerian Kesihatan Malaysia di kementeriannya di sini, hari ini.-Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan sekali lagi membayangkan kemungkinan umat Islam boleh merentas negeri untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri pada pertengahan Mei ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Adham Baba bagaimanapun berkata, kebenaran khas itu tertakluk jika individu terbabit sudah pun berjaya melengkapkan sebanyak dua dos vaksinasi Covid-19.

“Saya sebenarnya memang sangat bersetuju (kebenaran rentas negeri) tetapi mereka ini perlu juga terlebih dahulu telah habis lengkap sempurna dua suntikan imunisasi,” jelasnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Hadiah bagi Kempen MyDebit anjuran kementerian itu dan Payments Network Malaysia Sdn. Bhd. di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Adham berkata, kelonggaran individu bebas merentas negeri sewajarnya diberi sebagai salah satu bentuk insentif untuk menggalakkan masyarakat menerima vaksin.

Justeru, katanya, jika dibenarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), kemungkinan besar lebih ramai rakyat akan tampil segera mendaftar Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

“Setakat hari ini, lebih tujuh juta penduduk Malaysia sudah daftar diri dan kita pun ada bincang dengan MKN setelah Perdana Menteri bangkit isu boleh rentas negeri bagi Aidilfitri,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI