fbpx

Pahang optimis terus jadi pilihan pelancong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Sharkar (kiri) melihat antara produk pelancongan negeri yang dipamerkan pada Program Pemadanan Perniagaan Antara Pemain Industri Pelancongan di Perkarangan Menara Kuantan 188 di sini, semalam.

KUANTAN – Kerajaan negeri yakin pelancong domestik akan terus memilih Pahang sebagai destinasi percutian utama mereka walaupun wabak Covid-19 masih belum pulih sepenuhnya.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi negeri, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, keputusan kerajaan membenarkan pergerakan melalui inisiatif gelembung pelancongan pertengahan bulan lalu dijangka memberi kelebihan kepada Pahang yang mempunyai pelbagai produk dan destinasi menarik.

“Walaupun pergerakan rentas negeri masih memerlukan kebenaran daripada pihak berkuasa namun kebenaran bersyarat diumumkan kerajaan sebelum ini dilihat membuka ruang kepada pemain industri pelancongan di Pahang kembali bernafas.

“Kita harap kebenaran ini (gelembung pelancongan) menjadi langkah pertama dan terpenting untuk memulihkan semula ekonomi mereka,”katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Program Pemadanan Perniagaan Antara Pemain Industri Pelancongan di perkarangan Menara Kuantan 188, di sini, semalam.

Sementara itu beliau berkata, dalam usaha membangkitkan kembali industri pelancongan, kerajaan Pusat wajar memberi pertimbangan untuk menyenaraikan operator atau pekerja yang terbabit secara langsung dalam industri pelancongan sebagai barisan hadapan.

“Mereka ini juga wajar diberikan keutamaan untuk mendapatkan vaksin Covid-19, maknanya selepas petugas barisan hadapan yang lain seperti polis, tentera dan petugas kesihatan, pekerja sektor pelancongan juga perlu diberikan suntikan (vaksin) Covid-19.

“Apabila mereka sudah dapat (suntikan) vaksin, maka bertambah yakinlah pengunjung (pelancong) untuk mendapatkan perkhidmatan ditawarkan, kita kena ingat, industri ini (pelancongan) adalah penyumbang ketiga terpenting untuk ekonomi negara,”katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI