fbpx

Malaysian RE santuni 302 penerima asnaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammad Nizam menyampaikan bantuan kepada salah seorang penerima Projek Bakul Rezeki Malaysian Re sambil disaksikan oleh Encik Abd Rashid Hassan, Pengerusi Persatuan Perumahan Awam Seri Langkawi 2, Gombak Setia, Kuala Lumpur.

PETALING JAYA- Malaysian Reinsurance Berhad (Malaysian RE) mengambil inisiatif membantu seramai 302 penerima asnaf menerusi program Projek Lori Rezeki dan Projek Bakul Rezeki pihaknya.

Naib Presiden Kanan Malaysian RE, Mohammad Nizam Yahya berkata, sumbangan bantuan makanan itu menggunakan kemudahan wakalah zakat disediakan Pusat Pungutan Zakat (PPZ).

“Kemudahan disediakan PPZ itu dijalankan melalui perniagaan Jabatan Retakaful iaitu Malaysian Re Retakaful Division (MRRD).

“Matlamat program itu bertujuan membantu meringankan beban sara hidup golongan yang memerlukan melalui perkongsian rezeki,” katanya di sini tadi.

Katanya, Program Projek Lori Rezeki itu melibatkan seramai 160 golongan asnaf dari Perumahan Awam Sri Tioman 1 di mana mereka menerima bantuan seperti makanan basah seperti ikan, ayam dan sayur.

“Projek Bakul Rezeki pula melibatkan seramai 142 golongan asnaf Perumahan Awam Seri Langkawi 2, Gonbak Setia meliputi bantuan seperti beras, minyak, bihun, tepung dan sebagainya,” ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI