fbpx

Macedonia Utara kejutkan Jerman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MACEDONIA Utara mengejutkan Jerman selepas mencatat kemenangan 2-1 pada aksi awal pagi semalam. – AFP

DUISBURG, Jerman – Rekod cemerlang Jerman selama 20 tahun dalam pusingan kelayakan Piala Dunia dengan 35 perlawanan tanpa kalah selain 18 kemenangan berturut-turut akhirnya lebur.

Lebih malang, rekod juara dunia 2014 itu pecah kepada Macedonia Utara selepas tewas mengejut 1-2 kepada pasukan ranking ke-65 dunia tersebut pada aksi Kumpulan J kempen kelayakan Piala Dunia 2022 di Arena MSV awal pagi semalam.

Ia adalah kekalahan pertama Jerman dalam kempen kelayakan Piala Dunia sejak tewas 1-5 kepada England di Munich pada September 2001.

Pemain tengah Jerman, Ilkay Gundogan tidak dapat menerima hakikat terhadap kekalahan memalukan itu selepas meledak gol tunggal pasukan menerusi sepakan penalti pada minit ke-63.

“Saya tidak faham kenapa kami membenarkan kekalahan ini berlaku kerana Macedonia U­tara cuma dua kali dapat ma­suk kawasan kotak penalti kami.

“Kami yang harus dipersalahkan kerana membenarkan perkara ini terjadi. Kami sudah cuba pelbagai cara untuk menambah jaringan tetapi masih tidak berlaku dan kami cuma dapat menjaringkan satu gol,” katanya.

Ketua jurulatih Jerman, Joachim Low menyifatkan, kekalahan itu disebabkan banyak kesilapan dilakukan para pemainnya selain gagal memanfaatkan peluang selepas menguasai 70 peratus permainan.

Sebagai rekod, dua gol Ma­cedonia Utara dalam perlawanan itu dijaringkan Goran Pandev dan Eljif Elmas masing-masing pada minit ke-45 serta 85 perlawanan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI