fbpx

Polis tumpaskan geng The Mask

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadzil menunjukkan topeng Vendetta yang dirampas daripada geng The Mask

SHAH ALAM – Samun dengan pakai topeng ‘Vendetta’ .

Itu modus operandi kumpulan The Mask Man yang berjaya ditumpaskan dengan penangkapan enam ahlinya dalam serbuan berasingan di sekitar Puchong, Klang, Selayang dan Shah Alam.

Penahanan kesemua suspek berusia 27 hingga 31 tahun itu dilakukan dalam tempoh 24 jam bermula 8.30 malam, Isnin lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, kumpulan itu dikehendaki selepas terlibat dalam 50 kes di Selangor, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur dianggarkan bernilai lebih RM1.5 juta.

Katanya, tangkapan pertama dilakukan di Pusat Bandar Puchong sebelum membawa kepada penahanan lima lagi suspek lain.

“Kumpulan ini menyasarkan rumah yang tidak ditutup, dengan suspek akan memanjat pagar dan memasuki rumah tersebut.

“Suspek akan memakai topeng serta mengacukan pistol atau parang dan bertindak mencederakan mangsa sekiranya didapati melawan mereka,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis (IPK) Kontinjen Selangor di sini hari ini.

Beliau menambah, polis turut merampas sepucuk pistol jenis Taurus, 16 peluru hidup bersaiz sembilan milimeter serta beberapa senjata tajam seperti parang, sarung tangan dan pita pelekat.

Selain itu, sembilan buah kenderaan pelbagai jenis antaranya Honda CRV, Toyota Camry, Altis dan Perodua Myvi yang mana salah satunya dilaporkan hilang di Klang.

“Semakan mendapati kesemua suspek mempunyai rekod jenayah lampau melibatkan pelbagai kesalahan.

“Mereka kini direman selama dua hari bermula semalam dan kes mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI