fbpx

Budak dua tahun tak perlu pakai pelitup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kanak-kanak di bawah usia dua tahun tidak dibenarkan memakai pelitup muka seperti disarankan Pertubuhan Kesihatan Dunia. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan hari ini mengumumkan beberapa kategori individu yang dibenarkan untuk tidak memakai pelitup muka.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, individu terbabit termasuk kanak-kanak berusia bawah dua tahun dan mereka yang sukar bernafas.

“Pelitup muka tidak boleh dipakai individu yang tidak sedarkan diri, kurang berupaya atau tidak dapat menanggalkan pelitup muka tanpa bantuan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan orang ramai diwajibkan menggunakan pelitup muka di kawasan tumpuan umum atau sesak dan di dalam pengangkutan awam bermula 1 Ogos ini.

Adham berkata, terdapat pelbagai pelitup muka bukan perubatan jenis fabrik dijual di pasaran yang mungkin tidak menepati ciri-ciri disarankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Bagaimanapun, kata beliau, pelitup muka tersebut masih boleh dipakai orang awam, tetapi keberkesanannya mungkin berbeza bergantung kepada jenis dan bilangan lapisan kain digunakan.

Jelas beliau, WHO mengesyorkan pelitup muka bukan perubatan jenis fabrik atau kain dengan tiga lapisan.

“Pelitup muka tidak boleh dikongsi dengan orang lain. Pelitup muka perlu dipakai dan dilupuskan dengan cara yang betul,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI