fbpx

Sajat tetap dibicarakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Marzuk (barisan hadapan, dua dari kiri) memegang plakad sebagai simbolik perasmian program My#HadithTime di ibu pejabat Karangkraf, Shah Alam, hari ini. - Foto oleh MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

SHAH ALAM- Tindakan usahawan kosmetik kontroversi, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman menghilangkan diri tidak dapat mengelakkan dirinya daripada dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Timbalan Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary menegaskan agar Muhammad Sajjad hadir ke mahkamah supaya kes yang berkait dirinya dapat segera diselesaikan.

“Sebarang perlanggaran kepada prosedur undang-undang dalam negara kita termasuk melarikan diri daripada menghadiri perbicaraan kes di mahkamah sama ada suspek lari di dalam atau luar negara akan tetap diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

“Kepada individu (Nur Sajat) berkenaan, hadir ke mahkamah dan beri kerjasama kepada pihak berkuasa agama negeri untuk menyelesaikan kes bersabit dengannya,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan program My#HadithTime di ibu pejabat Kumpulan Media Karangkraf (Karangkraf) di sini hari ini.

Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, pihak polis masih lagi mencari Nur Sajat yang kini menghilangkan diri termasuk berkemungkinan berada di luar negara.

Ditanya berhubung pengumuman keluar agama Islam yang dipercayai dibuat Nur Sajat beberapa bulan lalu, Ahmad Marzuk menjelaskan Nur Sajat tetap akan dikenakan hukuman walaupun mengambil keputusan untuk murtad.

Tegas beliau, terdapat peruntukan hukuman di dalam Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 kepada individu yang berbuat demikian. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI