fbpx

Sasar RM4juta kempen Jom Sedekah Tabung Amanah Anak Yatim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABDUL AZIZ (kiri) merasmikan Kempen Jom Sedekah ke dalam Tabung Amanah Anak Yatim Selangor di Shah Alam, Selangor, hari ini. -Foto ISKANDAR SHAH MOHAMED

SHAH ALAM – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyasarkan kutipan RM4juta menerusi kempen Jom Bersedekah untuk Tabung Amanah Anak Yatim Selangor pada tahun ini.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, ini berdasarkan pengalaman sebelum ini termasuk tahun lalu dengan memperoleh lebih RM3juta.

“Kita harap tahun ini apabila ekonomi bertambah dengan pengurangan Covid-19 akan memperoleh sumbangan lebih tinggi.

“Lebih banyak dapat, lebih lagi dapat memberikan sumbangan seperti bantuan bulanan, persekolahan, makanan dan hari raya (Aidilfitri),” katanya pada sidang akhbar selepas pelancaran kempen Jom Sedekah ke dalam Tabung Amanah Anak Yatim Selangor di sini hari ini.

Pada majlis tersebut juga, beliau menyampaikan peruntukkan RM500,000 kepada Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE), anak syarikat MAIS untuk tujuan kebajikan anak yatim di Selangor.

Setakat ini, terdapat seramai 8,000 anak yatim di Selangor yang telah berdaftar dengan YIDE.

Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata, orang ramai yang ingin bersedekah ke Tabung Amanah Anak Yatim Selangor bolehlah dibuat secara atas talian menerusi http://fpx.mais.gov.my/epay/say.php.

“Setiap sedekah yang disumbangkan akan mendapat pengecualian cukai di bawah Subseksyen 44 (6), Akta Cukai Pendapatan 1967,” katanya. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI