fbpx

Pemuda maut, rakan cedera Myvi langgar pokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta Perodua Myvi yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 5, Jalan Jemaluang-Kota Tinggi, Kota Tinggi, Johor awal pagi hari ini.

MERSING -Seorang pemuda maut manakala rakan sekerjanya cedera parah selepas Perodua Myvi dinaiki terbabas merempuh sebatang pokok dalam kemalangan berlaku di kilometer 5 Jalan Jemaluang menghala ke Kota Tinggi awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu, mangsa meninggal dunia dikenali sebagai Ariffudin Abdullah, 27, manakala pemandu kereta, Mohd. Izzudin Zainal, 25, cedera parah.

Ketua Balai Bomba Penyelamat (BBP) Mersing, Mohd. Azhari Awi berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada pukul 5.06 pagi.

“Kami difahamkan kedua-dua mangsa merupakan rakan sekerja yang bekerja di ladang dekat Tanjung Sedili dan ketika kejadian dipercayai mereka sedang dalam perjalanan dari arah Jemaluang ke Mersing.

“Kenderaan dinaiki mangsa disyaki terbabas sebelum melanggar pokok yang mana mengakibatkan kedua-dua mangsa tersepit.

“Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala seorang lagi mengalami cedera parah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd. Azhari berkata, mangsa cedera dihantar ke Hospital Mersing menggunakan ambulans sementara mayat mangsa meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI