fbpx

Kelantan bakal ada ladang solar terbesar di Asia Tenggara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Amar (kanan) melakukan gimik perasmian pada Majlis Pra Pelancaran Projek Solar Terapung dan Pengisytiharan Zon Industri Akuakultur (ZIA) Tasik Danau Tok Uban, Pasir Mas hari ini. - Foto oleh YATIMIN ABDULLAH

PASIR MAS – Kelantan memahat sejarah baharu dalam pembangunan teknologi hijau di negara ini apabila bakal membuka ladang solar terapung terbesar di Asia Tenggara di kawasan Tasik Danau Tok Uban di sini.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, projek bernilai RM500 juta yang melibatkan 247,830 panel solar itu mampu menjana 140,000 megawatt jam (MWh) sepanjang tempoh setahun.

Menurutnya, projek yang dijangka siap pada Jun depan itu mampu menjimatkan kira-kira 96,000 tan metrik karbon dioksida setiap tahun selain membekalkan tenaga elektrik kepada 46,480 isi rumah.

“Projek ini dijangka menjadi salah satu mercu tanda baharu kepada Kelantan. Ia melibatkan kawasan kira-kira 40 hektar sahaja dan pembangunannya tidak akan menjejaskan ekosistem di sini.

“Pada masa sama, kita turut bangunkan projek akuakultur di tasik ini membabitkan keluasan. Kawasan daratan tidak digunakan langsung dalam projek ini,” katanya selepas merasmikan Pra Pelancaran Projek Solar Terapung dan Pengisytiharan Zon Idustri Akuakultur (ZIA), Tasik Danau Tok Uban di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Cypark Resources Berhad, Tan Sri Razali Ismail dan Pengarah Kumpulan Eksekutif Cypark Resources Berhad, Datuk Daud Ahmad.

Mengulas lanjut, Mohd. Amar memberitahu, projek itu melibatkan kerjasama kerajaan negeri menerusi Kelantan Utilities Mubaarakan Holdings Sdn. Bhd. (Kelantan Utilities Mubaarakan) dengan Cypark Resources Sdn. Bhd. (Cypark). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI