fbpx

MBJB keluar 26,246 kompaun sepanjang tahun 2020

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MBJB keluarkan 26,246 kompaun tahun lalu

JOHOR BAHRU – Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) telah mengeluarkan sejumlah 26,246 kompaun sepanjang tahun 2020 melibatkan kesalahan yang dilakukan dibawah tiga Undang-Undang Kecil (UUK) MBJB.

Datuk Bandar, Datuk Adib Azhari Daud berkata, statistik itu melibatkan 24,759 kompaun di bawah UUK Mencegah Kekotoran MBJB 1981; 684 kompaun di bawah UUK Mengkompaun Kesalahan MBJB 1981 dan 803 kompaun di bawah Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.

Jelasnya, sebanyak 2,799 buah notis turut dikeluarkan di bawah ketiga-tiga undang-undang ini.

“Bagi tindakan penguatkuasaan iklan, jumlah iklan yang diturunkan sebanyak 48,594 iklan, merangkumi 19,427 iklan ah long; 2,949 iklan bunting; 1,454 iklan sepanduk; 65 papan tanda dan billboard serta 24,699 iklan pelbagai.

“Tindakan ini diambil terhadap iklan yang tiada lesen atau permit serta iklan yang dipasang di tempat yang tidak dibenarkan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Adib Azhari turut memberitahu, pihak berkuasa tempatan itu juga telah mengambil tindakan pemindahan kenderaan terhadap 6,331 kenderaan dalam kategori menghalang, 989 kenderaan buruk dan 570 buah motosikal.-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI